Beskal.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jelajah Lenggong Kota Warisan Pra Sejarah

E-mail Print PDF

Pada 30-31 Januari 2010, penulis sempat untuk pulang ke kampung halaman dan berbasikal setelah hampir lebih 10 tahun tidak berbuat demikian sejak tahun 1998. Lenggong adalah sebuah pekan kecil diantara Kuala Kangsar dan Grik di Perak dan termasuk di dalam daerah Hulu Perak. Basikal merupakan pengangkutan utama untuk kesekolah atau ke pekan di awal tahun 80-an sehinggalah kini.

Peluang ini diambil sebaik-baiknya untuk jelajah kawasan kampung sendiri dengan basikal MTB yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Jadi petang Sabtu 30 Januari 2010 lebih kurang pukul 3.30 petang hampir 10km telah diredah untuk ke kampung Temelong meninjau kawasan rumah yang sudah hampir 10tahun ditinggalkan tiada berpenghuni. Kawasan belakang rumah yang dulunya hutan kini sudah bertukar menjadi kawasan " Jelapang Padi" Lenggong. Sugguh indah pemandangan "Jelapang Padi" ini seperti yang biasa digambarkan diwaktu kanak-kanak ketika melukis gambar pemandangan kampung yang berlatar belakangkan gunung ganang dan sawah padi.

 

(Gambar: Jelapang padi Lenggong di sempadan Kg Temelong dan Kg Teluk Batu) 

 

(Gambar: Pemandang dari arah belakang rumah zaman kanak-kanak dan remaja penulis di Kg Temelong) 

 

Ini juga merupakan pertama kali penulis perasan dan berpeluang melihat sendiri perubahan di kawasan kampung sendiri yang selama ini tidak berpeluang di sebabkan kesuntukan masa dan kenderaan 4 roda yang tidak boleh melalui kawasan ini. 

Keesokan harinya pula iaitu pada hari Ahad 31 Januari 2010 seawal pukul 7.15pagi, penulis berpeluang pula meninjau kampung-kampung di seberang sungai Perak yang dahulunya hanya bot penambang sahaja yang berulang alik membawa penumpang melintasi sungai Perak yang arusnya agak deras dan dalam. Bermula dari Taman Bukit Senyum ke Kota Tampan, singgah sebentar di pintu masuk Muzium Arkeologi Lenggong. 

 

 

(Gambar: Penulis dihadapan pintu masuk ke Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan) 

Meneruskan kayuhan ke Kampung Luat dan seterusnya ke Kampung Chepor dan singgah sebentar untuk mengambil gambar rumah pusaka tinggalan Tok Othman yang juga tidak diduduki sejak lebih 30 tahun. 

 

(Gambar: Rumah Pusaka peninggalan Datuk penulis di Kg Chepor) 

 

Kayuhan diteruskan pula ke Kampung Bukit Sapi dan melintasi jambatan yang pertama kali dibina untuk menghubungkan Kampung-kampung diseberang sungai Perak dengan Pekan Lenggong. 

 

(Gambar: Pemandangan bukit-bukit Lenggong dari Kg. Chepor) 

 

(Gambar: Jambatan merentasi Sg. Perak di Kg. Bukit Sapi)  

Inilah hasil pembangunan yang dibawa oleh kerajaan kepada rakyat dan harus dan patut diteruskan dimasa-masa akan datang. Kayuhan ke Pekan Lenggong diteruskan dan kayuhan pagi itu ditamatkan dengan hampir mencecah 34km. Sepanjang perjalanan, boleh dikira berapa kenderaan yang menggunakan jalan ini di waktu pagi.

(Gambar: Data dari Garmin GPS laluan yang diambil, bentuk muka bumi dan jarak yang dilalui) 

Terdapat banyak kawasan-kawasan menarik untuk dilawati dan kesemuanya berkenaan dengan rekreasi seperti Tasik Raban yang kini mempunyai kemudahan berkayak, memancing, dan kem bina semangat. Lata Kekabu yang mempunyai deruan air terjun yang unik dan menjadi kawasan perkelahan utama penduduk sekitar Lenggong. Gua-gua pra sejarah yang kini boleh dilawati dengan bantuan pemandu pelancung. Hampir separuh dari gua-gua ini telah dilawati oleh penulis sendiri di zaman kanak-kanak lagi sebelum diwartakan sebagai kawasan rekreasi untukpelancung-pelancung yang meminati rekreasi pendakian gunung atau gua.

Walaupun pembangunan agak pesat di bandar-bandar besar, Pekan Lenggong masih tidak mempunyai lampu isyarat, dan kini menjadi sebuah Pekan yang agak tidak bermaya di hari-hari biasa dan menjadi sebaliknya apabila menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Tahun Baru Cina.

 Akhir kata Sayangilah Kampung Halaman Anda. Nantikan Kembara Beskal mungkin melalui atau bermalam di Lenggong suatu hari nanti.  

Fakta yang Tidak sahih: Nama Lenggong mendapat namanya disebabkan oleh kawasan  ini yang dikelilingi (dilengkungi) oleh gunung-ganang.. "Lengkung" di beri nama dan lama lama menjadi Lenggong.

 

Add comment


Security code
Refresh

Products

Find Us on Facebook

Beskal Ku

Create Your Badge

Event Calender

<<  Sep 2010  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
27282930   

Weather Forecast


Cycling Events

KL Mountain Bike C...
From 23.10.2010 Until 24.08.2010 08.00
KL Mountain Bike C...
BURUNG HANTU 2010
From 30.10.2010 Until 31.10.2010 19.00
Jamboree BURUNG HANTU 2010