Beskal.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Laporan Kembara KL- Pangkor 2010

E-mail Print PDF

Hampir dua bulan persediaan untuk kembara beskal ke Pangkor dan akhirnya matlamat untuk berbasikal ke Pulau Pangkor tercapai jua. Pada mulanya ramai juga rakan-rakan yang berminat menyertai kayuhan ini tapi di saat -saat akhir terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu yang lebih di utamakan.

Setelah beberapa kali mencari laluan yang paling sesuai untuk ke Kuala Selangor dari KL, akhirnya laluan melaui Pekan Rawang di pilih untuk terus ke Tanjung Karang dan seterusnya ke Jeti Lumut.

Empat orang rakan Beskal kali ini menyahut cabaran kembara beskal ke Pangkor ini iaitu Saudara Sam , Ady, Abg Man dan penulis sendiri. Setelah beberapa pertemuan perbincangan, hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. 

Hari Pertama : 26 Feb 2010

Info Ringkas 

Laluan: Jalan Ikhlas - Jln Loke Yew - Jln Kuching - Jln Ipoh - Rawang - Tg Karang - Sekincan - Sg Besar - Sabak Bernam

Jarak: 149.5km

Mula Kayuh: 5.00pagi

Tamat Kayuh: 10.00 mlm

Tidur dan Rehat : Masjid di Sabak Bernam 

Seawal pukul 4.50pagi, masing-sudah bangun untuk kayuhan kembara ini. Tempat berkumpul di rumah penulis. Setelah semuanya sampai dan basikal sudah bersedia dengan beg masing-masing, kami memulakan kayuhan kembara ini lebih kurang pukul 5.00pagi di Bandar Tun Razak.

Dari Jalan Jujur , kami ke Jalan Loke Yew melintasi HUKM dan Veledrom Cheras. KL Downtown paa waktu itu telah pun di penuhi oleh sampah sarap yang di tinggalkan peniaga dan pengunjung. Sampai sahaja di flyover ke Jalan Hang Tuah, beg touring sebelah kiri penulis tercabut. Nasib baik tidak di langgar oleh Ady dan Sam , juag bernasib baik kerana tiada kenderaan ketika itu dan beg tersebut hanya mengalami calar sedikit sahaja. Penulis kali ini menggunakan "cable tide" untuk memastikan beg sisi tidak tercicir lagi.

Kayuhan di teruskan sehingga sampai di Pasar Selayang, dan kami mula untuk mencari tempat untuk solat subuh. Berhenti seketika di tempat kolam air panas Selayang tetapi tiada surau di situ dan masih kedengaan lagu dangdut yang di pasang agak kuat memecah hening pagi. Ady mencadangkan untuk ke Rawag terus dan berhenti di Stesen Petronas yang terkenal dengan kemudahan surau yang bersih. Kami meneruskaan perjalanan dan pendakian bemula di sini yang agak panjang sehingga di puncak. Selepas itu di hidangkan dengan lalauan menuruni bukit sehingga sampai di Petronas Rawang. Jarak sudah menunjukkan hampir 35km perjalanan dan jam sudahpun hampair pukul 6.40pagi.

[Di Petronas Rawang]

[Makan pagi di Restoran di Rawang] 

Dari Rawang berhenti di restoran mamak untuk makan pagi sebelum ke arah Tasik Puteri. Hujan mula turun dalam pukul 8.30pagi selama hampir setengah jam. Kami meneruskan perjalanan melintasi Tasik Puteri sehingga sampai di persimpangan Tg Karang / Ijok. Jalan di sini agak berbukit dan nyaman. Terdapat banyak ladang kelapa sawit di sebelah kanan jalan yang kalau amat sesuai untuk aktiviti MTB offroad. Kayuhan diteruskan melintasi ladang buah-buahan Selangor.

Selepas ini tayar penulis mengalamai masalah pancit dan perlu di tukar dengan tiub yang baru. Abg Man dengan pantas membantu membaikir kerosakn tersubut dan kayuhan di teruskan sehingga Simpang tiga ke Tg Karang/Sabak Bernam. Kelajuan di kekalkan dari 20 -25km sejam dan hari mula terik. Beberapa kali kami berhenti rehat di hentian bus di tepi jalan untuk berehat sebantar dan melepaskan lelah sambil berkumpulan balik. Kayuhan di sambung sehinggalh simpang tiga ke Tg Karang.

[Bersantap di Tg Karang] 

Di Tg Karang, kami berhenti di Cafe Taufik untuk santapan tengahari seblum meneruskan perjalanan ke Masjid berdekatan untuk ibadah solat dan merehatkan diri. 

Jam hampir pukul 3.00ptg dan kami menerukan kayuhan untuk ke Sabak Bernam. Sampai di Petronas sebelum pekan Sekincan, kami bertemu dengan rakan Abg Man, iatu Abg Raja yang juga merupakan veteran dalam sukan basikal ini. Beliau sibuk menunjukkan kemahirannya menganil gambar video kayuhaan sambil bercerita rancangan kayuhannya dengan seorang pelancung dari Amerika berbangsa Rusia. Setelah hampir sejam bersama Abg Raja dan sudah puas video kayuha kami di ambilnya dan sempat juga makan cendol di gerai berdekatan, kami pun meneruskan perjalanan. Abg Raja dgn van nga mengekori kami dan menganil gambar video kayuhan kami. Terima kasih kami ucapkan dan berharap agar gambar video utuk dapat di salin untuk kenangan kami. Jam sudah pun pukul menunjukkan oukul 5.00ptg. Kayuhan di teruskan sehinga senja sebelum behenti berehat sebelum azan magrib berkumandang Kami singgah di sebua restoran Melayu berdekatan Sg Besar untuk makan malam.

Seteleah semuanya kekenyangan , kayuhan di teruskan dan mata mula liar mencari tempat untuk menginap. Sampai di Sabak Bernam 30 minit kemudian. Bebrapa challet telah di hubungi malangnya sudah habis di tempah pelanggan. Perjalan ke Hutan melintang di tunda ke esok hari kerana keadaan jalan yang agak gelap. Kami sebulat suara bersetuju untuk ke Masjid Di Sabak Bernam untuk menunaikan ibadah solat dan berehat. Jam sudah pun pukul 10.00mlm dan di masjid bertem,u dengan AJK masjid yang membenarkan kami berehat di Masjid tersebut.

Setelah mandi dan solat, masa untuk merehatkan diri.  

 

Hari Kedua: 27 Feb 2010

Laluan: Sabak Bernam - Sri Manjung - Jeti Lumut - Jeti Awam Pangkor - Pekan PAngkor- Teluk Nipah

Jarak: 127km

Mula Kayuh: 5.00 pagi

Tamat Kayuh: 4.00 ptg

Tidur dan Rehat : PanVillage Teluk Nipah Pangkor Chalet

 

Dari Sabak Bernam kami ke Sri Manjung. Laluna ini agak landai dan panjang. Sampai di Sri Manjung, kami secara tidak di sangka bertemu dengan Haji Estima, yang kemudiannya mambawa kami ke kedai basikal di Sri Manjung dan juga makan tengahari di situ. Kami di beritahu bahawa di Pangkor ada perayaan Thaipusam. 

Kayuhan diteruskan dalam pukul 2ptg dan sampai di Jeti Mumut setengah jam kemudian. Sampai di Jeti Pangkor , keceriaan berjaya sampai di Pangkor terselah dan rasa penat hilang serta merta. Kami sampai di Pangkor sejam kemudian. Dan mengambil laluan ke arat Pasir Bogak yang agak landai setelah di nasihat oleh Haji Estima.

Pencarian tempat penginapan akhirnya berjaya di PanVill Challet di Teluk Nipah. Untuk ke Teluk Nipah, kami terpaksa melaui lauan berbukit yang agak sukar dengan keaadaan basikla kami yang membawa beban. Ahamdullillah, selamat sampai di challet dalam pukul 4.00ptg dan masa untuk merehatkan diri bermula.

DI sebalah malamnya kami hanya makan di gerai di tepi laut yang menghidangkan berbagai masakan goreng dan ikan bakar. AKibat terlalu penat, penulis sudah menidurkan diri awal sebelum pukul 10mlm lagi. 

[Ady dan Sam di Jeti Lumut]


[Ken, Abg Man dan Sam di dalam Feri Pangkor]

 

[ 255km di PanVill Resort]

 

 

Hari Ketiga: 28 Feb 2010

Laluan:Teluk Nipah - Pekan Pangkor - Jeti Lumut - Sri Manjung - Sg Besar - Sabak Bernam - Pasir Panjang

Jarak: 136km

Mula Kayuh: 12.00 tgh

Tamat Kayuh: 2.30 pagi

Tidur dan Rehat : Masjid Pasir Panjang ( Ady dan Ken)

[Makan bihun sup Pangkor di Teluk Nipah]

[Pemandangan pantai Teluk Nipah di waktu pagi]

[Di Lobi PanVillage Pangkor]

 

Hari Keempat: 1 Mac 2010

Rakan Beskal : Ady dan Ken

Laluan: Pasir Panjang - Sekincan

Jarak: 10km

Mula Kayuh: 6.45 pagi

Tamat Kayuh: 7.30 pagi

 

Rakan Beskal : Sam dan Abg Man

Laluan: Pasir Panjang - Sekincan - Kuala Selangor - Ijok - Gutrie Highway - Shah Alam - Lebuhraya Persekutuan - Pintu Gerbang Selangor.

Jarak: 125km

Mula Kayuh: 3.00pagi

Tamat Kayuh : 1.00 tgh

 

Informasi Rakan Beskal dan Basikal.

 

Nama Samaran: Sam
Basikal : Fuji
Tayar : Kenda semi slick 1.5
Carrier: Topeak
Berat Basikal : 11kg
Berat Barang : 5-6kg
Jumlah Jarak : 500++km

 

Nama Samaran: Abg Man
Basikal : Trek
Tayar : Panaracer road 1.5
Carrier: Topeak
Berat Basikal : 11kg
Berat Barang : 5-6kg
Jumlah Jarak : 500++km

 

Nama Samaran: Ady
Basikal : Scott
Tayar : Maxxis 1.9
Carrier: Topeak
Berat Basikal : 11kg
Berat Barang : 8-9kg
Jumlah Jarak : 400++km

 

Nama Samaran: Ken
Basikal : Kona Cinder Cone
Tayar : Maxxis Crossmark 2.1
Carrier: Topeak
Berat Basikal : 11kg
Berat Barang : 13-15kg
Jumlah Jarak : 400++km

 

Kembara Seterusnya (Dalam perbincangan) :

1. 28 - 30 May 2010 - - KL - Kuala Tahan : (200km) : Balik naik Keretapi di Jerantut

2. 25 - 31 Disember 2010 : KL - Thailand (Hadyai) : Kayuh dari Alor Setar : (300-400km): Pergi/ Balik naik keretapi dari Alor Setar

 

 

 

Products

Find Us on Facebook

Beskal Ku

Create Your Badge

Event Calender

<<  Sep 2010  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
27282930   

Weather Forecast


Cycling Events

KL Mountain Bike C...
From 23.10.2010 Until 24.08.2010 08.00
KL Mountain Bike C...
BURUNG HANTU 2010
From 30.10.2010 Until 31.10.2010 19.00
Jamboree BURUNG HANTU 2010