Percutian penulis di Pantai Jeram Kuala Selangor, telah menemukan dua peminat basikal dari dua generasi. Abang Ijass yang berasal dari Kuala Selangor memang terkenal dikalangan peminat basikal di Malaysia terutamanya yang meminati basikal lama atau tua. Beliau mempunyai laman sesawang sendiri di http://basikal.wordpress.com .
Seawal tengahari Sabtu 13 Februari 2010, Saudara Ijass telah menelepon penulis untuk bertemu di Pantai Jeram, tetapi penulis masih dalam perjalanan ke sana. Dan dapat juga bertemu di sebelah petangnya yang hampir senja dan telah merancang untuk berbasikal dari Apartment sewa penulis ke Kuala Selangor meninjau laluan yang bakal di tempuh untuk acara Kembara Beskal ke Pangkor dari 26-28 Februari 2010 ini.
Abang Ijass membawa penulis ke rumahnya mengikuti jalan dalam yang memaparkan suasana sebenar kampung-kampung di sekitar Kuala Selangor. yang mungkin akan menjadi tempat berkumpul atau parkir kereta kepada sesiapa yang berminat untuk bermula dari Kuala Selangor, dan perhentian rombongan kembara sebelum membersihkan diri untuk bersembahyang Jumaat di Masjid berdekatan. Kemudian ke Bukit Malawati dan taman-taman tema yang ada di Kuala Selangor.
Kami kemudiannya ke arah Sabak Bernam dan Singgah di sebuah gerai makan di Pasir Penambang dan meninjau pekan ini. Keputusan diambil untuk berpatah balik memandangkan hari yg semakin panas. Kami berpecah setelah hampir melalui kediaman Abang Ijass setelah hampir 30km beerkayuh dan penulis meneruskan kayuhan pulang di prsisir pantai yg melalui hampar 8km jln tanah merah dgn basikal bersaiz kecil. Pengalamn dikejar anjing hampir 500m telah mempercepatkan kayuhan penuilis melarikan diri dari ganguan anjing tersebut.
Sempat pekana cendol lagi sebelum pulang. Akhirnya selamat sampai di apartment sewa hampir pukul 12.15 tengahari. Panas!... itulah yang paling mencabar untuk kalyuhan santai ini d4ngan basikal yg hanya mempunyai 3 gear di hub belakang sahaja.
Itu sahaja coretan kali ini. Gambar akan disetakan kemudian.

Dihadapan Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor.
Basikal generasi baru bertemu basikal gererasi lama.

Abang Ijass sedang menceritakan pengalaman beliau berbasikal di Kuala Selangor
Menunjukkan jeti bot ke seberang sungai.



















Comments
Terima kasih dgn petua nak lembutkan anjing tu. Boleh guna lepas ni...
RSS feed for comments to this post.